Monday, April 14, 2014

oooh my oh my....

Salam uols...harap semua org happy dan ceria-ceria belaka walaupun ribut taufan, tsunami, salji hatta ais batu melanda. Oh bercakap pasal cuaca...Cik matahari dah makin kerap tunjuk muka dan dah xperlu pakai sampai 3-4 lapis baju lagi..Yeayyy!!!  Nampak ler slim skett..akekeke...Alhamdulillah..tp still kena gak pakai sweater..leh tahan gak sesekali angin tiup ala2 manja gitu. Pendek kata, panjang x kata apa..hahaha...lovely weather!!!

Ohhh ye...I rasa setiap kita mesti pernah mengeluh..x pun in English Whining. Benda biasa laa kalau sikit2 tu mengeluh..atau pun complaint dan whining..sebab otak kita ni xde selalu boleh stay positive. Ada masa bila dah drained energy..Terkeluar jugak ler keluh n kesah..apa yg terbuku dalam dada dan hati..TAPI...haaa tapi I punya laa bapok besar...

Apa kes kalau tiap2 hari Whining..tiap-tiap hari mengeluh...segalanya benda x betul..segala bendanya pening..segalanya masalah?? adoi...Beruang comel kat hutan pun pening kalau tiap2 hari kena whining dgn bini dia kan..hahahaha....I yang kena jadi tukang dengar pun ada masa terasa gak le keBOhsanannya itu. Yang bestnya, ada masa diceritakan pada orang tu..orang tu siap ada masalah hidup dan mati. Yet, orang tu boleh pulak tenangkan orang ini. Haiyaaa...

Sorry laa I am a bit carried away sket arinie. Tipah dah x tahan ok...Tapi kekadang tu dah bercakap banyak kali, tapi keep on doing the same thing. Takde usaha nak ubah. Tu juga yang complaint benda sama hari-hari. Orang kat Afrika nak jumpa beras 1 kali seminggu pun x tentu..leh terima nasib dgn tabahnya. Alahai...Wahai orang-orang Mukmin, berSYUKURlah...paling I xleh blah...whining kat FB..huhuhu...please..please..please...dah jadi mcm Dinding Pengaduan kat BaitulMuqadis tu..tempat orang-orang Yahud dok merantap nasib..minta simpang ler I x buat mcm tu...kot I terbuat, uols tolong pakat2 ketuk kepala I ye...kasi adjust sket tune kepala I ni.

Kot nak je cakap, eh ekau ni..xde ke xde hari yg xde masalah..huhuhu...banyak lagi benda yg leh menceriakan hidup kita ni. Buka dan lihat lah dengan mata hati..Selagi kita dalam keadaan keluh dan kesah..selagi tu kita rasa keserabutan dalm hidup ni. I x berapa nak reti menulis cara ala-ala ustazah ke...tapi pada pemikiran anugerah Allah bagi ni. Bila kita biarkan hati menguasai pemikiran. Memang payah laa nak cakap apa..nak control minda ni bukan kerja mudah..TAPI tidak mustahil.InsyaAllah...bila je kita REDHA dan BerSYUKUR..insyaAllah ketenangan tu ada...chewaaahh...

Jom pakat-pakat ceria....hidup memang tidak pernah sempurna..tapi kita yang boleh membuatkan dunia kita sempurna (ehem ehem..ada leh jadi pakar motivasi x bertauliah x..hehehe)

Friday, March 28, 2014

Kasih tanpa sepadan, bangsa dan agama


Kehadiran beliau sangat memberi kesan dalam hati I. Walau pun kami berbeza segala segi tapi x pernah menjadi halangan untuk menjadi kawan. She was there when I was down with dugaan of Muhammad. She gave me morale support and always encouraged me to embrace life to the fullest. Looking at the brighter side, there is always good within your reach if you willing to search for it. Beliau juga yang banyak membantu dalam mengenal UK dan penduduk2nya secara hands on. Beliau juga tanpa mengenal batasan ugama, bangsa dan bahasa sanggup memberikan friendship, English lesson dan life learning lesson kepada seorang Melayu Muslim yang masih blur dan lack of self confidence di bumi asing ini. Beliau juga memberi harapan bahawa bukan semua orang jahat, bukan semua juga orang adalah opportunist.

Today is a sad day. I've lost my friend...she was a fighter and yet cancer doesn't seem to have mercy on her. She was my ex-manager in the charity shop I used to work in my early years in the UK. Dearest Viv...May you Rest in Peace. Goodbye to all pains and sleepless nights....

Friday, March 21, 2014

Sesawang....

Salam and happy weekend uolss....

Lama betul le I xde mood nak memblog sejak hilangnya MH370. Bersuara sikit2 je kat dalam fb. Dalam 2 weeks ni, macam2 kisah oh my Malaysia yang tersebar yang bikin sakit mata ada, sakit hati, rasa nak bagi penamar jepun cop 5 jari pun ada dan juga rasa sedih. News threads kat fb tu dah kalah edisi berita dunia dgn secara tiba-tiba muncul pakar aviation, pakar conspiracy, dan segala pakar termasuk kisah bomoh 1Malaysia..Kisah ni bukan takat I rasa nak bagi 'penampo kokedei' je..rasa nak bagi 'penampo dinasour T-Rex' lagi.

Dalam masa 2 minggu terserlah what Malaysia is all about di mata dunia. Habis segala kisah dalam kelambu, luar kelambu, kisah anjung segalanya bertebaran. I rasa buat semak blog I je kalau I kupas satu persatu. Mesti uols dah terang lagi bersuluh kan. Hmmmmm sabo je la..

Paling tak tahan, dalam rata-rata rakyat Malaysia semua dok berdoa regardless of their ethnicities, religious atau pun political stands. Kuar lagi kisah yang x berapa nak enak, pakat2 mati secara beramai-ramai akibat bersukaria sambil mengambil bahan terlarang. Innalillah...Kuar lagi nama Malaysia kat berita dunia. Aduss..Bila ada berita sensasi, pasti akan penuh juga threads kat fb tu dgn pelbagai2 pendapatan dan theories. Tapi I agak terpikir jugak ler bila ada sorang 'key warrior' menulis yang terdapat segregation of Islamic thinking among Muslims. I setuju dgn penulis ni (lupa laa pula siapa hamba Allah ni).
Beliau cakap, ramai yg berada dalam comfort zone yang mana circle of friends mereka kalangan yang mendekati Islam dan selesa berada dalam zon ini tanpa menghiraukan satu group lagi yang tidak termasuk dlm kelompok ni. Tiada effort yang diambil utk mendekati dan 'berkawan-kawan' dgn kelompok lagi satu ni...Kalau bahasa x berapa come "Lantak le kome"..For sure the gap is huge between these two groups. Satu penuh keIslaman dan satu lagi another way around and yet they are our brothers and sisters (tapi bukan set Sisters in Islam eh).

When I was in Uniten, I befriended with these two groups. Satu group yang begitu kuat dgn sentiment ukhwah..dan satu lagi "life is a joyride'. Dua-dua groups I leh masuk bila lepak sama dengan selesa. But I chose to be in the middle. Senang cerita, I tak mewakili mana-mana group. PBB- Pihak berkecuali. Heeee..Group joyride ni I perhatikan budi bahasa diorng, MasyaAllah tip top. Cuma x berapa nak berkenan life styles yg Joyride tu. But they are very open minded. Kalau I discuss hal agama pun, they were tentatively listening to my points. Agak menghairankan sebab mula2 I ingat kalau I mention pasal hal agama, mesti diorng bengang ke apa...Tapi Alhamdulillah, penerimaan diorng luar biasa. Cumanya, Nur tu belum betul betul meresap dalam diri diorng. Dapat gak laa 'ustazah' yang x berapa ustazah ni cerita sket2 n selit2 sket tarbiyah. Kira dakwah jugak laa dgn kawan2 kan ;) Walaupun at 1st my mom x berapa nak restu sbb ada kawan2 dr group ni. Tapi lepas bawa balik diorng ke rumah. I explained slowly to my mom kenapa kita perlu tidak menidakkan kewujudan group ni. Alhamdulillah, she accepted them well. Kena tarbiyah gak kat umah dgn my mom..hehehe...

Lagi 1 group ukwah till jannah ni pun I rapat jugak. Banyak kali diorng ajak, I just join when I feel to. No string attached. I tak berapa minat dgn perkataan 'usrah' ni since secondary school lagi. Pada pendapat I, untuk mendalami Islam xperlu ada perkumpulanan/ pemisahan secara halus ini. Ilmu can be attained through ceramah agama, pembacaan kitab secara umum, selain saluran-saluran umum yang lain. I might sound a bit radical on this view. Mesti ada yang geleng2 kepala. Tapi that is my stand ( I might be right and but I might be wrong too).

In my point of views, I rasa bila ada usrah ni sepertinya ada kumpulan tersendiri. Bagus untuk pencairan Ilmu, tapi x berapa bagus untuk pencairan ukhwah.Erkk..apakah yang cuba I terangkan di sini? Contoh mudah ABC, just imagine dalam satu community kecil ada 5 kewujudan usrah ini. Ahli-ahli kebiasaan akan rapat dgn kumpulan kecil mereka ini dan secara x langsung creating an awkward situation bila ada non-ahli dalam any public event. Most probably, perbuatan mereka in di bawah sedar. Jadi bagi non-member yang bukan bernaung di bawah 'usrah' ini akan terasa 'x masuk korum'. Especially, yang jenis happening. Lambat laun, diorng pun rasa mcm boring nak join n terus dgn their own world. Jadinya bila nak dapat tarbiyah group yang lagi satu ni? kalau dari awal dah mcm ada perbezaan? Serta xde effort nak approach group lagi satu ni? Dah tersasar maka makin lah tersasar..so this is just my 2cent. Maka wujud lah yang alim makin alim..hanya menggeleng2 kepala utk group lagi satu but no action taken. Hmmmm...kot esok2 kalau Allah nak turun bala,sekali lalu je Allah bagi untuk semua. Nauzubillah...

So let's pray for MH370, saudara-saudara kita yang ditindas di Palestin, Syiria dan seluruh dunia, x lupa kepada muda-mudi Malaysia. Semoga anak-anak kita nanti akan terus di dalam Iman. Ameen...


Tuesday, March 11, 2014

Mood: Xde mood dah menulis...


Salam selasa kawan-kawan semua....
Buat masa ni, I xde mood nak hapdet kisah my 100happydays lagi. Maybe some other days la nampaknya.

Semenjak baca status fb Malaysia Airlines kul 1 pg UK sabtu lepas...terus rasa mcm pelik dan sedih. Walaupun xde sorang pun dari 239 penumpang dalm MH370 tu yg I kenal personally. Tapi tetap rasa sayu dan sedih. I have been thinking that what would happen to me if among the passengers were my families or friends. Jadi walaupun ada mcm2 happy events dlm masa 4 hari ni (Sabtu- selasa) tapi rasa xde mood nak cerita. Tengok gambar saudara mara diorng dok nangis2 kat airport..berita kat sini pun keluar x berenti2..where is MH370??? adoiii....paling meluluhkan hati tengok gambar ibu kepada salah sorng passenger yg hantar anak laki dia mlm tu kat KLIA. Pagi tu ibu tu dah ada kat KLIA. She was wearing the same tudung..same baju kurung. Allah!! but different facial expression. I have the feeling that, MAS knew about it earlier and yet they have contacted the families before giving out the press statement.

Jadi sama-samalah kita berdoa supaya Allah membantu dalam usaha menyelesaikan misteri MH370 ini...Ameen....

Friday, March 7, 2014

Today and yesterday..great days

Day 23
 
amacam...comel x saya pakai mafla...hehehe..kejap je pun nak lekat kat atas kepala.
Lepas x smpai 5 minit, terus tarik-tarik. N menangis.hahaha
xper la dik...kecik lagi ok. Tapi esok dah besar sket, kena laa biasa kan diri...
 
 
 
Day 24
 
pepagi dah bau nasi lemak yang menawan lagi tertarik. Please excuse my photo yang
nampak biasa-biasa je tu. Kekadang term a photo speaks 1000 things tu x berapa nak tepat.
Kot kalau gambar boleh berbau. Mesti korang pun leh terliur punya.
Lama dah x pekena nasi lemak. Kalau kat Malaysia, dok catu air. Kat sini kena catu ikan bilis...
Haaa betapa preciousnya ikan bilis tu....takat kicap cap kipas udang ke, meggi ke..
x berapa nak heran sbb boleh dpt kat sini...belacan pun sama gak...
tapi ikan bilis...ada tu ada...tp mak aiiii bapak besar sekor2 besar ibu jari kaki...
harga pun leh juling biji mata hitam putih I ni tau...seciput jer dh dkt 2 pound..x smpai 200gm kot..
huhuhu....
Uols makan apa hari ni? mesti marbeles kan....

Wednesday, March 5, 2014

Hari ke 22


Bunga kuning....errmmm nak sebenar I x reti. Mcm iras-iras bunga cempaka sikit...xde bau, bunga kecik comel jer...
 
 

ni pun bunga halus-halus mcm lavender. Tapi xde bau.
kot siapa-siapa yang kenal nama bunga-bunga berkenaan. Sila lah khabarkan..
morale of the story: spring is nearly there.



Tuesday, March 4, 2014

Jam packed D18-21

Adulaaa....sangat x istiqamah nak menghapdet blog ni utk 100happydays on daily basis. Lalalala...x dapat nak cari excuse. Jadi kena sokmo bercombo.

 
 
Day 21- Today
 
 
lama x amik gambar sekali dgn budak 2 org nie. Cun x? mama diorng...
hahahaha....Lepas pick up Muhammad dari school dia, lepak jap dgn diorng sambil lunch n solat zohor. Umah jgn ckp laaa mcm perang daaa...
Janji happy....hohoho
 
 
 
 
Day 20- Monday
 
Punya lah beruntung kalau kat sini dapat makan nasi kerabu..
lengkap dgn budu lagi ok. Alhamdulillah...
Rezeki hari Isnin. Jemput usha kawan-kawan
 


 
 
Day 18- Saturday
 
Kawan-kawan yang menceriakan di majlis makan-makan yang
mcm2 ada...jeng jeng jeng.
ada family yang akan balik for good dlm March ni. Jadi diorng buat kenduri panggil satu soton. Alhamdulillah...dapat laa pekena roti canai tebar khas punya, nasi minyak, nasi biryani n segala jenis kuih muih tradisional..selang seli dengan borak2 sakan...
 
eh mana gi Day 19?? alahai, ada happy event. Tapi mcm kalut x sempat nak amik gambar. Aku g hantar babycot plus buat lawatan x rasmi rumah member. Dapat pekena pulut durian dgn bihun goreng masjid style. Yummeeehhh!!!
 
 
Day 17 pun happening gak...lupa laa pulak nak snap. Hahahaha....jumaat buat apa yer? oh buat keje sampai Lebam. Kira happy gak ler, sebab banyak gak yg settle. Alhamdulillah...